Monday, February 18, 2013

Untuk kali ke Seratus lima puluh juta

: Ada lagu best tak nak share ? Boring.

: Ade. Lagu 150 juta.

Google. Ni dia.


Fynn Jamal. Seratus Lima Puluh Juta.

Untuk kali ke seratus lima puluh juta
Mereka tanyakan engkau soalan yang sama
“Eh kenapa kau masih lagi mahukan dia?”
“Apa kau buta apa kau pura-pura suka”

Di seratus lima puluh juta kali itu
Di depan semua engkau tarik tangan aku
Yang sedang buat muka kosong tak ambil tahu
Sambil ketawa engkau bilang satu per satu

“Dia mungkin bengis seperti singa”
“Tapi dia nangis tonton cerita Korea”
“Dia mungkin keras bila bersuara”
“Tapi dia jelas jujur apa adanya”
“Aku lagi kenal dia”

Eh dah lebih seratus lima puluh juta kali
Aku pesan padamu apa yang bakal jadi
Engkau dan aku ada mungkin tidak serasi
Engkau sangat manis aku ini pula dawai besi

Di setiap seratus lima puluh jutanya
Aku pun dalam hati semacam tak percaya
Apa kau lihat pada aku jujurkan saja
Terus kau cubit dagu aku sambil berkata

“Sayang mungkin baran tak kira masa”
“Tapi sayang tahan kalau salahnya saya”
“Sayang mungkin saja keras kepala”
“Tapi sayang manja bila kita berdua”
“Saya kenal sayang saya”

Buat apa di cerita
Bahagia kita rasa
Biar tak dipercaya
Peduli orang kata

Baju ronyok tak apa
Asal pakai selesa
Berkilau tak bermakna
Kalau hati tak ada

Aku lebih bengis dari sang naga
Tapi bisa nangis semata demi cinta
Suaraku keras tak berbahasa
Kerna aku rimas gedik mengada-ngada

Aku mudah baran tidak semena
Mana boleh tahan angin cemburu buta
Dan aku sengaja tunjuk keras kepala
Aku punya manja kau saja boleh rasa
Rahsia kita berdua.



Yes. Lirik dia. Best. Kita boleh nilai apa yang fynn jamal cuba sampaikan dalam ni. Tapi sedar tak kadang kadang penilaian kita berbeza.

Contoh aku, aku menilai lirik ini dari sisi aku, dan hanya aku yang tahu. Tapi kau mungkin tahu juga. Hanya kau.

See, part ni.

"Eh dah lebih seratus lima puluh juta kali
Aku pesan padamu apa yang bakal jadi
Engkau dan aku ada mungkin tidak serasi
Engkau sangat manis aku ini pula dawai besi"

Kau rasa apa ? Takpa, tak perlu jawab. Cuma, maafkan aku kalau aku nampak kasar. Eh ?


Dan yang ini. Part ini.

“Sayang mungkin baran tak kira masa”
“Tapi sayang tahan kalau salahnya saya”

“Sayang mungkin saja keras kepala”
“Tapi sayang manja bila kita berdua”
“Saya kenal sayang saya”

Aku dengan angin aku. Dan kau juga ada angin kau. Eh, maaf bukan ini yang aku cuba sampaikan.

Okay,

Kau kenal aku macam mana. Tapi kadang kadang kau naif, kau jadi tak kenal aku macam mana. Tapi tak pe, sebab aku tau, kita manusia. kita sendiri susah nak paham diri kita. Dan sejujurnya, aku tak paham kau macam mana.  Bukan. Bukan tak paham 100%, tapi sedikit sahaja. Ingat, sedikit.

"Saya kenal sayang saya." Itu ucapan kau dulu. Ya, satu ketika dulu. Dulu.



Lagi satu.

“Eh kenapa kau masih lagi mahukan dia?”“Apa kau buta apa kau pura-pura suka”

Aku tau, banyak kali kan soalan ni menerpa kau. Bukan aku tanya. Mereka. Ye, bukannya sebijik camtu dorang tanya. Aku tahu.. Cumanya aku tak tau apa kau jawab. Tapi takpa, itu hak kau nak cakap apa apa pun. Terpulang kan, lagipun kita dah tak ada apa apa. And tak akan ada soalan tu menerpa kau lagi. Tak risau.


Aku suka part ni. Plus bila dengar music dia, aku jadi sangat suka.

“Aku lagi kenal dia”

Ingat ayat ni kau penah cakap ? Kau lagi kenal aku daripada mereka. Aku lagi kenal kau daripada mereka.
Ha, sebab tu kau tak perlu bagitau orang masalah kita. Sebabnya, dorang tak kenal kita dan tak paham kita. That's it. Dan, aku lagi kenal kau sayang.

Last sekali. "Rahsia kita berdua."



Tapi ni dulu. Sekarang situation nya dah lain.










Apa apa pun, kau jangan risau. Aku doakan yang terbaik buat kau. Kalau kau baik, kau juga boleh doakan aku.. Kan ?




Tini.







No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...