Aku tak bisa tinggalkan ini semua.
Aku juga rasa tak bisa untuk meneruskannya.
Langkah ku seakan berat walau aku cuba untuk terus.
Kerana ada sahaja yang menghalang.
Cuma kerna sikap itu.
"Marah itu racun."
"Kenangan silam itu juga racun berbisa."
Ya Tuhan, bantu aku ya Allah.
Kuat kan jalan ku Ya Allah.
Aku sangat sangat buntu.
Redhakanlah langkahku. Lancarkanlah perjalananku.
Berkatilah setiap saat kehidupanku.
Apa pun ketentuanMu.
Andai takdir tidak memihak.
Aku akan sentiasa berdoa.
Agar aku bisa hadapi. Tak seperti hari kemarin.
Moga aku tabah.
Moga aku dapat hadapi ini semua.
Dengan restu Engkau.
Dengan redha Engkau.
Aku panjatkan doa hanya pada Mu. Ya Rabb.
No comments:
Post a Comment