Kali ni, aku cuma nak cakap yang aku sangat sangat buntu.
Selalu terkenang, mengapa kita begini ?
Bodoh. Stupid. Perkataan ini harus aku lemparkan untuk kuatkan aku.
Saat ini, aku terkenang, semua yang pahit pahit. Air mata ini terkadang tak dapat ditahan dari mengalir.
Mengapa aku tidak kuat Ya Allah ?..Ya Allah, akukah yang bersalah ?
Satu ketika dahulu.
Aku selalu tak paham mengapa.. Mengapa dia selalu tak jujur selama denganku ? Mengapa mesti ada perkataan tak jujur untuk menutup kesalahan sendiri? Mengapa bila rahsia ketidak jujuran itu aku tau, baru dia mahu cerita semua ?
Mengapa dia persalahkan aku dengan apa yang jadi ? Ya, kerana aku yang memutuskan, dan aku mahu kami sama sama perbaiki diri.
Tapi yang terjadi adalah dia berpaling ketika aku sedang cuba perbaiki semuanya.
Aku masih ingat ketika itu, maki hamun menjadi santapan. Tengking menjadi kebiasaan.
Ya Tuhan.. mengapa aku biarkan air mata ini mengalir lagi untuk benda yang tak sepatutnya. Ampuni aku ya Allah..
Hanya Engkau sahaja yang tahu. Dan hanya padamu Aku berdoa dan meminta pertolongan..
Tak mengapa.
Aku tidak mahu menyesali. Aku yakin pasti ada hikmahnya. Insya Allah..
No comments:
Post a Comment