Tuesday, February 26, 2013

Syaitan

Kadang kadang aku berfikir, Syaitan tu memang ada pelbagai cara untuk menyesatkan umat Nabi Muhammad.  Pelbagai cara.  Ya Allah, kau jauhkan lah aku dari segala godaan syaitan. Kau kuatkan lah iman ku. Kau bantu lah aku. Sesungguhnya aku insan yang lemah.

Kadang kadang aku berfikir, terlalu banyak masa telah aku sia siakan. Sudah terlalu banyak. Ampuni aku Ya Allah.

Kadang kadang aku berfikir, aku kecewa dengan perjalanan hidup yang telah aku jalani ini. Ampuni aku ya Allah. 

Kadang kadang aku berfikir, mengapa mesti bersedih jika aku sebenarnya ada Allah. Ya Allah, berkatilah hidupku dan lapangkanlah dadaku ya Allah.

Kadang kadang aku berfikir, mengapa aku mesti risau tentang dia jika ini sebenarnya ketentuan mu ya Allah??

Kadang kadang juga aku berfikir, air mata jernih ini mudah mengalir untuk sesuatu yang salah.

Ya Tuhanku yang maha pengampun, permudahkan lah segala urusanku. Permudahkan lah hidup hamba mu ni. Semoga hatiku tenang.  Dan jadikan lah aku seorang yang sentiasa bersangka baik.


Amin. Amin. Ya Robbal alamin.







Sesungguhnya, aku rindukan dia ya Tuhan.





2 comments:

  1. tini.jgn rase menyesal dgn ape yg dah ko lalui..
    bnde tu sume mengajar byk bnde kan secara x langsung..
    utk melupakan mmg perit. doa,sabar dan redhakan lah....

    ReplyDelete
  2. yep ciknoey. tak mau nyesal.. sebab percaya apa yang jadi ada hikmahnya. bukan satu hikmah tapi banyak..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...